Star

Wednesday, 1 August 2012

Refleksi Kuliah


Manusia merupakan “spiritual being” yang rohnya sedang menumpang tubuh badan diri semasa seseorang itu masih hidup dalam dunia ini. Saya pernah dengar bahawa kita tidak boleh membuat tattoo pada badan kita kerana kita akan merosakkan badan kita kerana Tuhan yang memberikan badan kepada kita dan kita harus menghargainya.
Kanak-kanak yang berumur 7 tahun atau kurang daripada 7 tahun berada dalam peringkat yang kritikal kerana “filter” dalam otak mereka belum berkembang dan kuat. Tabiat dan tingkah laku kita mula terbentuk pada masa itu. Filter ini akan menerima apa yang ternampak sama ada baik atau buruk. Selepas mereka berumur lebih daripada 7 tahun, filter mereka telah menjadi kuat. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk menukar tabiat mereka yang buruk kerana tabiat yang dibentuk sebelum 7 tahun telah dibawa sehingga mereka dewesa. Oleh itu, kanak-kanak yang berumur 7 tahun atau kurang daripada 7 tahun harus didedahkan dengan sikap yang positif dan tingkah laku yang baik supaya mereka akan mengamalkan sikap dan tingkah laku yang baik semasa dewasa nanti

No comments:

Post a Comment