Baru-baru ini, mp3 saya telah rosak diikuti dengan komputer riba saya. Saya berasa sangat gementar dan sedih kerana ini merupakan kali pertama komputer riba dan mp3 saya rosak. Bapa saya telah menghadiahkan mp3 tersebut kepada saya sebagai hadiah hari jadi saya semasa saya berumur 13 tahun. Kini saya telah berumur 19 tahun. Sudah 6 tahun saya mengguna mp3 ini dan aplikasi alarm dalam mp3 ini yang telah membangunkan saya setiap hari. Tanpa mp3 ini, saya tidak dapat bangun dan ada satu pagi, saya bangun lambat dan hampir terlewat ke kelas, saya bernasib baik kerana rakan saya telah membangunkan saya.
Selepas 2 minggu mp3 saya rosak, komputer riba saya juga telah rosak. Hal ini telah menyebabkan saya tidur dengan tidak lena kerana semua maklumat saya termasuk kerja kursus saya tersimpan dalam komputer tersebut. Kerja kursus yang bakal dihantar juga tidak dapat dihabiskan kerana komputer sudah rosak. Oleh itu, saya telah menelefon syarikat komputer riba untuk menghantar orang ke asrama saya untuk membaiki komputer riba tersebut. Saya berasa gembira kerana syarikat tersebut dapat menolong saya membaiki komputer riba saya dan saya telah dapat menggunakannya selepas 2 hari. Saya amat bersyukur kerana kerja kursus saya masih disimpan di dalam komputer dan saya sempat menghantar tugasan kerja kursus saya. Walaupun mp3 saya telah rosak dan tidak dapat dibaiki lagi, namun saya berasa sangat bersyukur komputer riba saya masih dapat diguna lagi. Walaupun alarm dalam mp3 tidak dapat digunakan lagi tetapi saya masih boleh menggunakan aplikasi alarm dalam telefon bimbit saya dan saya akan mencuba sedaya upaya untuk bangun tepat pada masa setiap hari.
No comments:
Post a Comment