Star

Wednesday, 25 July 2012

Refleksi Kuliah

Apa itu IQ,EQ dan SQ?
Minggu ini, kami dikehendaki untuk menulis refleksi tentang kuliah kami. Kami telah belajar tentang IQ, EQ dan SQ Seseorang insan mesti mempunyai IQ, EQ dan SQ. Kita dianggap lengkap kerana dengan adanya ketiga-tiga ini, maka kita dapat berfikir, berasa , berinteraksi, berkomunikasi dengan orang lain.
      Otak kita berada dalam dua keadaan. Keadaan sadar(sedar) dan separuh sadar (sedar).  IQ berkaitan dengan –What do I think. Ia merupakan fikiran seseorang. Seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi dianggap pandai. IQ berada dalam senarai sadar kerana seseorang insan berada dalam keadaan sedar apabila sedang berfikir dan IQ yang tinggi memudahkan seorang murid belajar dan memahami berbagai ilmu. EQ berkaitan dengan what do I feel. EQ berada dalam senarai separa sadar. EQ merupakan perasaan kita. SQ merupakan  sel-sel badan kita. Kita merupakan spititual being dan bukannya human being. Spiritual being ialah roh manusia yang menggunakan badan untuk berkomunikasi dengan spiritual being yang lain. 

Tuesday, 24 July 2012

Refleksi

Pada minggu lepas, saya ingin pergi ke Puduraya dengan rakan sekelas saya untuk membeli tiket bas untuk balik kampung semasa hari raya. Saya telah berjanji dengan kawan saya bahawa saya akan pergi bersama mereka, tetapi semasa saya balik, kawan saya dari kelas lain ingin pergi ke Sunway Piramid kerana tidak pernah pergi ke sana. Saya berasa ingin pergi ke Sunway Piramid kerana saya tidak suka dengan suasana Puduraya yang sesak dan ramai orang. Saya telah menelefon kawan saya dan memberitahu dia bahawa saya tidak akan pergi bersama mereka ke Puduraya. Selepas menelefon,saya berasa bersalah kerana mendengar suara kawan saya yang amat kecewa. Saya berasa saya telah mengecewakan kawan-kawan saya dan telah memungkiri janji saya terhadap mereka. Saya tidak tahu ke mana saya ingin pergi, samaada pergi ke Puduraya ataupun ke Sunway Piramid. Saya ingin mengubah fikiran saya untuk pergi ke Puduraya tetapi saya terfikir bahawa saya telah menolak jemputan kawan dan telah memilih untuk pergi ke Sunway Piramid tidah  harus menggubah fikiran saya lagi kerana saya tidak ingin mengulang kesilapan saya lagi dan mengecewakan kawan saya yang lain. Saya berasa seronok pergi ke Sunway Piramid dan saya juga berasa gembira kawan saya yang pergi ke Puduraya berasa seronok juga. Selepas ini, saya telah mendapat pengajaran dan saya tidak akan memungkiri janji lagi. Saya akan membuat keputusan dengan cepat dan tidak akan mengubah fikiran saya selepas membuat keputusan. Saya juga ingin memohon maaf kepada kawan saya kerana telah mengecewakan mereka.

Monday, 9 July 2012

Life in IPG 2

Baru-baru ini, saya telah dikritik oleh seseorang. Pernahkah anda dikritik oleh orang? Tiada orang suka dikritik oleh orang kerana itu bermakna kita mempunyai kekurangan. Walaupun saya tidak dengan kritikan itu, tetapi saya tetap menerimanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada orang yang mengkritikkan saya kerana kritikan itu telah menyebabkan saya untuk berusaha keras untuk memajukan diri sendiri dan memperbaiki kelemahan saya. Selepas kejadian ini, saya sedar bahawa walaupun saya tidak suka dikritik, itu tidak bermakna saya tidak boleh belajar untuk memanfaatkannya. Jika saya memilih untuk tidak mengendahkan kritikan itu pada masa itu, saya tidak akan dapat memperbaiki kelemahan saya. Saya sedar bahawa kita memerlukan kritikan dalam pejalanan kehidupan kita untuk menjadi lebih baik.

Sunday, 1 July 2012

My life in IPG

Semalam secara tidak sengaja merupakan pengalaman pertama kali saya telah terkunci di luar bilik saya oleh roomate saya. Teman sebilik saya telah menghadiri satu perasmian  bersempena KL Festival yang bermula pada pukul 6.30 pm dan telah mengunci bilik itu dan berangapan bahawa saya mempunyai kunci bilik saya. Oleh itu, saya telah pergi ke bilik kawan saya untuk meminjam keyboard. Saya pernah bermain piano semasa saya masih berada di sekolah rendah tetapi saya telah berhenti bermain semasa saya gagal dalam peperiksaan dan sekarang saya sudah tidak berapa ingat bagaimana caranya untuk bermain keyboard. Saya amat menyesal kerana berhenti belajar bermain piano kerana gagal dalam peperiksaan piano.Semalam saya berasa sangat bangga kerana saya dapat memainkan sebuah lagu tanpa henti sehingga saya mampu bermain dengan baik. Dalam masa lima jam saya terkunci di luar bilik, saya telah sedar bahawa saya harus terus berusaha semasa saya berhadapan dengan rintangan dan bukan selalu melarikan diri daripadanya.Saya rasa keinginan saya untuk belajar bermain piano kini kembali dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada teman sebilik saya kerana akirnya mewujudkan kembali keinginan saya untuk belajar piano dengan secara tidak sengaja terkunci saya di luar bilik. :D
http://www.youtube.com/watch?v=NhZ3vRiq6TI


Video ini menceritakan seorang budak yang muda telah menyertai pertandingan “Korea Got Talent”. Apabila budak lelaki itu memperkenalkan dirinya, hampir semua penonton mengetawakan dia kerana dia bekerja sebagai pekerja manual. Seorang hakim telah bertanya sebab dia meninggalkan maklumat keluarganya kosong, dia menjawab bahawa dia seorang anak yatim piatu yang telah ditinggalkan oleh ibu bapanya ke rumah anak yatim semasa dia masih kecil. Dia telah melarikan diri dari rumah anak yatim tersebut semasa berumur 5 tahun kerana dipukul oleh orang di sana. Selepas dia melarikan diri, dia telah tinggal di tepi jalan dan tandas awam. Dia telah menjual gula-gula getah dan minuman karbohidrat untuk menampung kehidupannya. Selepas dia bekerja, dia telah mengambil peperiksaan ulagan dan lulus peperiksaan peringkat sekolah menengah. Selepas itu, dia telah membuat persembahannya dengan menyanyi di atas pentas. Suara nyanyian dia yang merdu telah membuat semua orang terpukau dan menyentuh hati semua penonton dan para hakim. Ada yang terharu sampai mengalirkan air mata. Dia memberitahu bahawa dia suka menyanyi dan dia ingin menyanyi di atas pentas untuk memberi peluang kepada diri sendiri dan membukti bahawa dia boleh berjaya. Menyanyi membuat dia gembira dan dia menyanyi untuk menghilangkan rasa sunyi dalam sendiri.

Kalau saya adalah dia, saya rasa saya tidak dapat hidup sendiri tanpa keluarga saya untuk menjaga saya. Saya masih tidak mampu untuk menjaga diri sendiri semasa berumur 5 tahun tetapi saya akan mencuba sedaya upaya untuk memastikan terus hidup. Walaupun saya tidak mempunyai peluang untuk bersekolah,  tetapi saya akan berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan saya supaya saya boleh mengambil peperiksaan. Selain itu, saya juga akan menyertai pertandingan itu kerana saya sangat minat untuk menyanyi dan saya akan mengejar impian saya sampai saya berjaya.

Semasa menonton video tersebut, saya berasa terharu dan mengalirkan air mata. Latar belakang peserta lelaki itu tidak seberapa yang saya sangka. Walaupun Tuhan telah memberi setiap manusia latar belakang yang pelbagai, namun setiap manusia mempunyai bakat tersendiri. Peserta lelaki tersebut percaya kepada diri sendiri dan telah memberi peluang kepada diri sendiri untuk menyertai pertandingan tersebut.Sikap rendah diri peserta lelaki itu telah memberi pengajaran kepada saya untuk menjadi insan yang lebih baik.Saya juga amat bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang menyayangi saya dan prihatin.