Star
Tuesday, 24 July 2012
Refleksi
Pada minggu lepas, saya ingin pergi ke Puduraya dengan rakan sekelas saya untuk membeli tiket bas untuk balik kampung semasa hari raya. Saya telah berjanji dengan kawan saya bahawa saya akan pergi bersama mereka, tetapi semasa saya balik, kawan saya dari kelas lain ingin pergi ke Sunway Piramid kerana tidak pernah pergi ke sana. Saya berasa ingin pergi ke Sunway Piramid kerana saya tidak suka dengan suasana Puduraya yang sesak dan ramai orang. Saya telah menelefon kawan saya dan memberitahu dia bahawa saya tidak akan pergi bersama mereka ke Puduraya. Selepas menelefon,saya berasa bersalah kerana mendengar suara kawan saya yang amat kecewa. Saya berasa saya telah mengecewakan kawan-kawan saya dan telah memungkiri janji saya terhadap mereka. Saya tidak tahu ke mana saya ingin pergi, samaada pergi ke Puduraya ataupun ke Sunway Piramid. Saya ingin mengubah fikiran saya untuk pergi ke Puduraya tetapi saya terfikir bahawa saya telah menolak jemputan kawan dan telah memilih untuk pergi ke Sunway Piramid tidah harus menggubah fikiran saya lagi kerana saya tidak ingin mengulang kesilapan saya lagi dan mengecewakan kawan saya yang lain. Saya berasa seronok pergi ke Sunway Piramid dan saya juga berasa gembira kawan saya yang pergi ke Puduraya berasa seronok juga. Selepas ini, saya telah mendapat pengajaran dan saya tidak akan memungkiri janji lagi. Saya akan membuat keputusan dengan cepat dan tidak akan mengubah fikiran saya selepas membuat keputusan. Saya juga ingin memohon maaf kepada kawan saya kerana telah mengecewakan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment