Star
Monday, 9 July 2012
Life in IPG 2
Baru-baru ini, saya telah dikritik oleh seseorang. Pernahkah anda dikritik oleh orang? Tiada orang suka dikritik oleh orang kerana itu bermakna kita mempunyai kekurangan. Walaupun saya tidak dengan kritikan itu, tetapi saya tetap menerimanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada orang yang mengkritikkan saya kerana kritikan itu telah menyebabkan saya untuk berusaha keras untuk memajukan diri sendiri dan memperbaiki kelemahan saya. Selepas kejadian ini, saya sedar bahawa walaupun saya tidak suka dikritik, itu tidak bermakna saya tidak boleh belajar untuk memanfaatkannya. Jika saya memilih untuk tidak mengendahkan kritikan itu pada masa itu, saya tidak akan dapat memperbaiki kelemahan saya. Saya sedar bahawa kita memerlukan kritikan dalam pejalanan kehidupan kita untuk menjadi lebih baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment