Star
Sunday, 1 July 2012
My life in IPG
Semalam secara tidak sengaja merupakan pengalaman pertama kali saya telah terkunci di luar bilik saya oleh roomate saya. Teman sebilik saya telah menghadiri satu perasmian bersempena KL Festival yang bermula pada pukul 6.30 pm dan telah mengunci bilik itu dan berangapan bahawa saya mempunyai kunci bilik saya. Oleh itu, saya telah pergi ke bilik kawan saya untuk meminjam keyboard. Saya pernah bermain piano semasa saya masih berada di sekolah rendah tetapi saya telah berhenti bermain semasa saya gagal dalam peperiksaan dan sekarang saya sudah tidak berapa ingat bagaimana caranya untuk bermain keyboard. Saya amat menyesal kerana berhenti belajar bermain piano kerana gagal dalam peperiksaan piano.Semalam saya berasa sangat bangga kerana saya dapat memainkan sebuah lagu tanpa henti sehingga saya mampu bermain dengan baik. Dalam masa lima jam saya terkunci di luar bilik, saya telah sedar bahawa saya harus terus berusaha semasa saya berhadapan dengan rintangan dan bukan selalu melarikan diri daripadanya.Saya rasa keinginan saya untuk belajar bermain piano kini kembali dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada teman sebilik saya kerana akirnya mewujudkan kembali keinginan saya untuk belajar piano dengan secara tidak sengaja terkunci saya di luar bilik. :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment