Star

Sunday, 1 July 2012

http://www.youtube.com/watch?v=NhZ3vRiq6TI


Video ini menceritakan seorang budak yang muda telah menyertai pertandingan “Korea Got Talent”. Apabila budak lelaki itu memperkenalkan dirinya, hampir semua penonton mengetawakan dia kerana dia bekerja sebagai pekerja manual. Seorang hakim telah bertanya sebab dia meninggalkan maklumat keluarganya kosong, dia menjawab bahawa dia seorang anak yatim piatu yang telah ditinggalkan oleh ibu bapanya ke rumah anak yatim semasa dia masih kecil. Dia telah melarikan diri dari rumah anak yatim tersebut semasa berumur 5 tahun kerana dipukul oleh orang di sana. Selepas dia melarikan diri, dia telah tinggal di tepi jalan dan tandas awam. Dia telah menjual gula-gula getah dan minuman karbohidrat untuk menampung kehidupannya. Selepas dia bekerja, dia telah mengambil peperiksaan ulagan dan lulus peperiksaan peringkat sekolah menengah. Selepas itu, dia telah membuat persembahannya dengan menyanyi di atas pentas. Suara nyanyian dia yang merdu telah membuat semua orang terpukau dan menyentuh hati semua penonton dan para hakim. Ada yang terharu sampai mengalirkan air mata. Dia memberitahu bahawa dia suka menyanyi dan dia ingin menyanyi di atas pentas untuk memberi peluang kepada diri sendiri dan membukti bahawa dia boleh berjaya. Menyanyi membuat dia gembira dan dia menyanyi untuk menghilangkan rasa sunyi dalam sendiri.

Kalau saya adalah dia, saya rasa saya tidak dapat hidup sendiri tanpa keluarga saya untuk menjaga saya. Saya masih tidak mampu untuk menjaga diri sendiri semasa berumur 5 tahun tetapi saya akan mencuba sedaya upaya untuk memastikan terus hidup. Walaupun saya tidak mempunyai peluang untuk bersekolah,  tetapi saya akan berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan saya supaya saya boleh mengambil peperiksaan. Selain itu, saya juga akan menyertai pertandingan itu kerana saya sangat minat untuk menyanyi dan saya akan mengejar impian saya sampai saya berjaya.

Semasa menonton video tersebut, saya berasa terharu dan mengalirkan air mata. Latar belakang peserta lelaki itu tidak seberapa yang saya sangka. Walaupun Tuhan telah memberi setiap manusia latar belakang yang pelbagai, namun setiap manusia mempunyai bakat tersendiri. Peserta lelaki tersebut percaya kepada diri sendiri dan telah memberi peluang kepada diri sendiri untuk menyertai pertandingan tersebut.Sikap rendah diri peserta lelaki itu telah memberi pengajaran kepada saya untuk menjadi insan yang lebih baik.Saya juga amat bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang menyayangi saya dan prihatin.

No comments:

Post a Comment