Star

Tuesday, 4 September 2012

Refleksi


Pada minggu cuti yang lalu, iaitu minggu hari raya ,saya berasa amat kecewa kerana selepas tunggu selama 2 bulan, cuti raya saya hanya 5 hari sahaja. Semua pelajar PPISMP Semester 3 dikehendaki untuk menyertai sambutan hari kemerdekaan-ke55. Kumpulan IPG bertanggungajawab untuk membuat persembahan dalam human grafik LED. Tahun ini, kami dikehendaki tinggal di asrama UPM. Kami telah menggunakan LED board sebagai alat persembahan. Sebelum pergi ke UPM, saya telah menjatuh sakit dan saya rasa sangat sengsara kerana berada di suasana yang berbeza. Makanan yang dibekalkan sangat pedas dan tidak sesuai untuk saya. Saya bernasib baik kerana telah sembuh selepas dua hari di sana.

 Selain itu, kami dikehendaki membuat latihan pada waktu pagi dan malam. Latihan pada tahun ini amat bosan dan berbeza daripada tahun lepas. Saya dan kawan saya telah menjadi “reserve” kerana bilangan pelajar yang membuat persembahan telah cukup. Walaupun saya berasa kecewa tidak dapat membuat persembahan bersama rakan-rakan saya, tetapi sebagai reserve, saya dapat menonton semua persembahan pada hari kemerdekaan dengan jelas dan saya berasa sangat gembira dapat menikmati persembahan yang hebat tersebut. Di samping itu, saya berpeluang berkenal dengan pelajar dari IPG lain. Sambutan kemerdekaan pada hari Merdeka amat meriah di Stadium Bukit Jalil dan saya bersyukur berpeluang berjumpa dengan penyanyi-penyanyi yang membuat persembahan di sana.  


Monday, 13 August 2012

Refleksi mingguan


Baru-baru ini, mp3 saya telah rosak diikuti dengan komputer riba saya. Saya berasa sangat gementar dan sedih kerana ini merupakan kali pertama komputer riba dan mp3 saya rosak. Bapa saya telah menghadiahkan mp3 tersebut kepada saya sebagai hadiah hari jadi saya semasa saya berumur 13 tahun. Kini saya telah berumur 19 tahun. Sudah 6 tahun saya mengguna mp3 ini dan aplikasi alarm dalam mp3 ini yang telah membangunkan saya setiap hari. Tanpa mp3 ini, saya tidak dapat bangun dan ada satu pagi, saya bangun lambat dan hampir terlewat ke kelas, saya bernasib baik kerana rakan saya telah membangunkan saya.

      Selepas 2 minggu mp3 saya rosak, komputer riba saya juga telah rosak. Hal ini telah menyebabkan saya tidur dengan tidak lena kerana semua maklumat saya termasuk kerja kursus saya tersimpan dalam komputer tersebut. Kerja kursus yang bakal dihantar juga tidak dapat dihabiskan kerana komputer sudah rosak. Oleh itu, saya telah menelefon syarikat komputer riba untuk menghantar orang ke asrama saya untuk membaiki komputer riba tersebut. Saya berasa gembira kerana syarikat tersebut dapat menolong saya membaiki komputer riba saya dan saya telah dapat menggunakannya selepas 2 hari. Saya amat bersyukur kerana kerja kursus saya masih disimpan di dalam komputer dan saya sempat menghantar tugasan kerja kursus saya. Walaupun mp3 saya telah rosak dan tidak dapat dibaiki lagi, namun saya berasa sangat bersyukur komputer riba saya masih dapat diguna lagi. Walaupun alarm dalam mp3 tidak dapat digunakan lagi tetapi saya masih boleh menggunakan aplikasi alarm dalam telefon bimbit saya dan saya akan mencuba sedaya upaya untuk bangun tepat pada masa setiap hari.

Wednesday, 1 August 2012

Refleksi Kuliah


Manusia merupakan “spiritual being” yang rohnya sedang menumpang tubuh badan diri semasa seseorang itu masih hidup dalam dunia ini. Saya pernah dengar bahawa kita tidak boleh membuat tattoo pada badan kita kerana kita akan merosakkan badan kita kerana Tuhan yang memberikan badan kepada kita dan kita harus menghargainya.
Kanak-kanak yang berumur 7 tahun atau kurang daripada 7 tahun berada dalam peringkat yang kritikal kerana “filter” dalam otak mereka belum berkembang dan kuat. Tabiat dan tingkah laku kita mula terbentuk pada masa itu. Filter ini akan menerima apa yang ternampak sama ada baik atau buruk. Selepas mereka berumur lebih daripada 7 tahun, filter mereka telah menjadi kuat. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk menukar tabiat mereka yang buruk kerana tabiat yang dibentuk sebelum 7 tahun telah dibawa sehingga mereka dewesa. Oleh itu, kanak-kanak yang berumur 7 tahun atau kurang daripada 7 tahun harus didedahkan dengan sikap yang positif dan tingkah laku yang baik supaya mereka akan mengamalkan sikap dan tingkah laku yang baik semasa dewasa nanti

Wednesday, 25 July 2012

Refleksi Kuliah

Apa itu IQ,EQ dan SQ?
Minggu ini, kami dikehendaki untuk menulis refleksi tentang kuliah kami. Kami telah belajar tentang IQ, EQ dan SQ Seseorang insan mesti mempunyai IQ, EQ dan SQ. Kita dianggap lengkap kerana dengan adanya ketiga-tiga ini, maka kita dapat berfikir, berasa , berinteraksi, berkomunikasi dengan orang lain.
      Otak kita berada dalam dua keadaan. Keadaan sadar(sedar) dan separuh sadar (sedar).  IQ berkaitan dengan –What do I think. Ia merupakan fikiran seseorang. Seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi dianggap pandai. IQ berada dalam senarai sadar kerana seseorang insan berada dalam keadaan sedar apabila sedang berfikir dan IQ yang tinggi memudahkan seorang murid belajar dan memahami berbagai ilmu. EQ berkaitan dengan what do I feel. EQ berada dalam senarai separa sadar. EQ merupakan perasaan kita. SQ merupakan  sel-sel badan kita. Kita merupakan spititual being dan bukannya human being. Spiritual being ialah roh manusia yang menggunakan badan untuk berkomunikasi dengan spiritual being yang lain. 

Tuesday, 24 July 2012

Refleksi

Pada minggu lepas, saya ingin pergi ke Puduraya dengan rakan sekelas saya untuk membeli tiket bas untuk balik kampung semasa hari raya. Saya telah berjanji dengan kawan saya bahawa saya akan pergi bersama mereka, tetapi semasa saya balik, kawan saya dari kelas lain ingin pergi ke Sunway Piramid kerana tidak pernah pergi ke sana. Saya berasa ingin pergi ke Sunway Piramid kerana saya tidak suka dengan suasana Puduraya yang sesak dan ramai orang. Saya telah menelefon kawan saya dan memberitahu dia bahawa saya tidak akan pergi bersama mereka ke Puduraya. Selepas menelefon,saya berasa bersalah kerana mendengar suara kawan saya yang amat kecewa. Saya berasa saya telah mengecewakan kawan-kawan saya dan telah memungkiri janji saya terhadap mereka. Saya tidak tahu ke mana saya ingin pergi, samaada pergi ke Puduraya ataupun ke Sunway Piramid. Saya ingin mengubah fikiran saya untuk pergi ke Puduraya tetapi saya terfikir bahawa saya telah menolak jemputan kawan dan telah memilih untuk pergi ke Sunway Piramid tidah  harus menggubah fikiran saya lagi kerana saya tidak ingin mengulang kesilapan saya lagi dan mengecewakan kawan saya yang lain. Saya berasa seronok pergi ke Sunway Piramid dan saya juga berasa gembira kawan saya yang pergi ke Puduraya berasa seronok juga. Selepas ini, saya telah mendapat pengajaran dan saya tidak akan memungkiri janji lagi. Saya akan membuat keputusan dengan cepat dan tidak akan mengubah fikiran saya selepas membuat keputusan. Saya juga ingin memohon maaf kepada kawan saya kerana telah mengecewakan mereka.

Monday, 9 July 2012

Life in IPG 2

Baru-baru ini, saya telah dikritik oleh seseorang. Pernahkah anda dikritik oleh orang? Tiada orang suka dikritik oleh orang kerana itu bermakna kita mempunyai kekurangan. Walaupun saya tidak dengan kritikan itu, tetapi saya tetap menerimanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada orang yang mengkritikkan saya kerana kritikan itu telah menyebabkan saya untuk berusaha keras untuk memajukan diri sendiri dan memperbaiki kelemahan saya. Selepas kejadian ini, saya sedar bahawa walaupun saya tidak suka dikritik, itu tidak bermakna saya tidak boleh belajar untuk memanfaatkannya. Jika saya memilih untuk tidak mengendahkan kritikan itu pada masa itu, saya tidak akan dapat memperbaiki kelemahan saya. Saya sedar bahawa kita memerlukan kritikan dalam pejalanan kehidupan kita untuk menjadi lebih baik.

Sunday, 1 July 2012

My life in IPG

Semalam secara tidak sengaja merupakan pengalaman pertama kali saya telah terkunci di luar bilik saya oleh roomate saya. Teman sebilik saya telah menghadiri satu perasmian  bersempena KL Festival yang bermula pada pukul 6.30 pm dan telah mengunci bilik itu dan berangapan bahawa saya mempunyai kunci bilik saya. Oleh itu, saya telah pergi ke bilik kawan saya untuk meminjam keyboard. Saya pernah bermain piano semasa saya masih berada di sekolah rendah tetapi saya telah berhenti bermain semasa saya gagal dalam peperiksaan dan sekarang saya sudah tidak berapa ingat bagaimana caranya untuk bermain keyboard. Saya amat menyesal kerana berhenti belajar bermain piano kerana gagal dalam peperiksaan piano.Semalam saya berasa sangat bangga kerana saya dapat memainkan sebuah lagu tanpa henti sehingga saya mampu bermain dengan baik. Dalam masa lima jam saya terkunci di luar bilik, saya telah sedar bahawa saya harus terus berusaha semasa saya berhadapan dengan rintangan dan bukan selalu melarikan diri daripadanya.Saya rasa keinginan saya untuk belajar bermain piano kini kembali dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada teman sebilik saya kerana akirnya mewujudkan kembali keinginan saya untuk belajar piano dengan secara tidak sengaja terkunci saya di luar bilik. :D